Aku dulu kerja polis – Tuan Haji Ameir Hassan

Sudah lama aku ikuti prasangka yang berkisar bila bercakap tentang kaum. Isu agama dan keceluparan melampau yang tidak sepatutnya berlaku, kian galak disebut. Masih ramai rakyat Malaysia tidak faham atau tidak mahu faham akan peruntukan Perlembagaan. Ada tuduhan kononnya wujud citizen kelas dua pula dalam negara ini.

Amaran Kepada Cina, India & Melayu
Aku terpanggil untuk memberi amaran kepada orang Cina dan Orang India. Juga amaran kepada orang Melayu. Jangan tiga bangsa ini ikut perasaan gila dan hasut sana hasut sini. Kamu tahukah apa itu huru hara dan pergaduhan kaum. Kamu tahukah apa itu sembelih orang. Kamu seronok bila dapat sembelih orang yang kamu benci. Tapi kamu seronokkah bila orang yang kamu sayang kena sembelih? Kamu tidak pernah rasa kalau tidak makan nasi satu minggu dan tidak dapat tidur untuk satu minggu.
Kamu semua api2 kan perkauman. 50/60 tahun dahulu kominis dan anasir bawah tanah PKM telah api2kan perkauman sehingga tetcetusnya peristewa berdarah. Ramai yang tidak berdosa dari berbagai kaum mati dibunuh. Tidak ada kes. Tidak ada siasatan. Mati dikira mangsa keganasan darurat. Mereka mahu lihat negara ini huru hara dan hancur.

Aku dulu kerja polis
Pada tahun 1989 Komunis sudah letak senjata. Tidak tahulah aku sama ada hati mereka sudah tinggalkan fahaman komunis atau tidak. Kalau tidak susahlah kita nak aman. Apa pun Tiga bangsa yang setia kepada negara ini haruslah waspada dan menjadi tanggungjawab bersama menentang kumpulan extrim ini.

Aku dulu kerja polis. Jadi pegawai Polis ketika umur aku 18 tahun. Ketika itu Tun Mahathir sahaja yang ada dalam Politik diantara antara pemimpin kerajaan hari ini. Semua menteri-menteri yang ada dalam kabinet hari ini ramai yang belum pakai seluar dalam lagi dan ada yang belum lahir. Anwar Ibrahim dan Mahyuddin Yassin pun masih dalam Universiti. Oleh itu aku ingin nasihatkan menteri2 ini janganlah cakap tidak tentu haluan sehingga boleh menjadi ancaman dan timbul huru hara. Janganlah disebut2 tentang pergaduhan kaum kalau kamu tidak pernah lihat dengan mata kepala kamu sendiri . Emosi tidak akan dapat selesaikan masaalah.

Aku tertarik dengan seruan General Arshad, Pengerusi VETERAN dalam tulisannya dua hari lalu yang menyeru kepada ‘ National Unity’. with respect , aku rasa national unity ini tidak ada masaalah dengan orang melayu. Kalau orang melayu tidak suka berpakat sudah tentu mereka tidak akan hulurkan tangan dan bagi tanah dan cangkul kepada orang Cina untuk tanam sayur dan mengajar orang India macam mana mau potong getah, 150 tahun dahulu. Orang melayu dahulu dan sekarang sentiasa buka tangan dan minda untuk perpaduan. Sekarang adalah menjadi tanggungjawab Cina dan India untuk menerima dengan ikhlas akan tangan melayu yang menghulurkan perpaduan. Apa guna terima tangan perpaduan kalau sekadar mahu dapat talian hayat. Anggap lah melayu itu saudara kamu hingga akhir hayat dan begitu juga sebaliknya.

Allah telah takdirkan melayu di Malaysia hidup bersama dua kaum lain.
Allah telah takdirkan melayu di Malaya/Malaysia akan hidup bersama dengan dua kaum lain. Kamu tidak bolih pandang belakang lagi. Begitu juga India. Walau pun kulit kamu gelap tidak bermakna kamu adalah orang yang datang dari India. Begitu juga kamu orang Cina warna kulit sangat cerah kamu bukan lagi orang dari negeri cina. Kamu bukan pendatang. Pendatang itu adalah datuk nenek kamu. Kalau kamu benci kepada orang melayu apa kamu mahu buat? Begitu juga orang melayu kalau benci cina dan India apa kamu mahu buat? Mahu buang ke laut?
Pandanglah kehadapan. Tinggalkan zaman silam. Satukanlah Tiga budaya yang kaya dengan ilmu ini. Orang Cina ada kehebatan nya. Orang India ada kehandalannya dan orang melayu ada keajaibannya. Alangkah hebatnya jika ketiga tiga kehebatan ini dicantumkam untuk wujudkan suatu tunjang yang kuat dan disegani oleh negara lain diAsia kalau pun tidak didunia.

Aku dulu ada kawan2 India dan cina masa masuk hutan buru kominis. Ramai kawan2 aku mati. Muda2 belaka mati kena tembak dengan kominis. Pertama kali aku masuk operasi pada hujung tahun 1969 aku ditakdirkan Allah memangku jenazah sahabat yang baru saja nak kenal dunia. Berusia 19 tahun. Aku bawa keluar dari hutan. Dalam masa yang sama ramai pegawai2 Cina dari cawangan khas (SB) mati dalam bandar2 besar. Selang dua tiga hari ada saja pegawai cina mati di tembak “point blank” (tembak dekat) ketika sedang makan dikedai kopi bersama isteri dan anak2 yang masih kecil. Kebanyakannya mati serta merta. Sarjan aku sendiri nama Ah Teik mati ditembak di siang hari di Sempadan Padang Besar Thailand pada hujung tahun 1980 ketika aku bertugas di situ.

Kita Tak Ambil Tahu
Ramai sudah lupa, Komando Polis VAT 69 diasaskan olih Visvanathan seorang India. Pegawai yang disegani dengan sikap tegas tampa pilih kasih dan jauh dari sikap perkauman. Munkin kamu tidak ingat siapa Captain Chandran yang terkorban diSungai Siput pada tahun 1975. Kamu juga tidak ingat siapa Santokh Singh. Percy Muthiah. Siapa Tan Sri Khoo Chong Kong mati ditembak kominis atas jalan raya diIpoh pada 13 Nov 1973 semasa menjadi Ketua Polis Perak. Sockhalingam, Mahalingam ketika perut ditembusi peluru dan bermandikan darah masih mampu berbalas tembak. Tan Han Teong dengan 18 mayat bergelempangan dikiri kanannya masih terus berjuang , Chong Choo Chye ,Su Ah Teh . Tidak perlu disebut lah pegawai2 Melayu seperti arwah ASP Zambri , Capt Wan Munshif, Insp Zain, Insp Yusof . Ramai lagi aku tak larat nak tulis. Mati muda belaka.
Mengapa kami bolih berjuang bersama? Kerana kami semua saudara dan bersumpah ini lah bumi kami. Bagi pemuda Melayu Cina dan India kami adalah anak watan. Mengapa hari ini setelah kita berjaya kita mahu sia siakan pengurbanan mereka?

Aku percaya Tun Mahathir
Waspadalah, petualang dan pengkhianat wujud dalam semua bangsa. Cina, India dan Melayu. Umpama sekandang kerbau. Kerana seekor kerbau yang membawa lumpur habis semuanya terpalit.

Aku percaya Tun Mahathir seorang yang berhikmah (wisdom). Dengan izin Allah kita tidak akan terperangkap dengan mainan politik petualang dan pengkhianat2 ini. Mereka akan lakukan apa saja untuk dapatkan kuasa sebagaimana yang telah mereka cuba pada 13 Mei 1969.

Pesanan Terakhir
Kepada menteri2 aku nak pesan, buang lah sedikit ego. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Bacalah Perlembagaan Persekutuan . Itulah rujukan setiap rakyat termasuk pemimpin parti. Hormatilah Kitab kecil itu. Pasti kita tidak akan silap. Jika Kitab itu diterima pakai dengan hati yang ikhlas dan terbuka Malaysia akan menjadi sebuah negara yang makmur dan aman. Kamu menerima silver platter dari pejuang terdahulu tampa kudrat, darah dan airmata. Jagalah amanat ini dengan sejujur munkin sebagai anak watan.

Daripada facebook Tuan Haji Ameir Hassan. 

69363555_504955506987698_6278148834107326464_n.jpg
AMEIR HASSAN

 
Advertisement

Menyesal Tonton Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal…

Menyesal tonton filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal agak lambat. Mungkin kurang rasa teruja pada mulanya. Namun dengan ajakan anak-anak, tertonton juga.

Apa yang berlegar difikiran adalah adakah ianya sekadar konsep yang sama dibawakan seperti dalam filem Magika? Kerana temanya dongeng rakyat, kisah Raja yang jahat memegang takhta dimasukkan sekali watak dari cerita rakyat seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Mat Jenin, Pak Belalang, Raja Bersiong, Tanggang dan Bawang Putih & Bawang Merah seakan sama konsep seperti Magika. Namun anggapan saya tidak tepat walau sedikit pon. Meleset teruk andaian saya.

Penceritaan sangat bagus. Gabungan kisah dongeng cerita rakyat dalam filem ini sangat luar biasa.  Menghiburkan sepanjang masa, hebat. Penuh dengan pelbagai rasa menerusi setiap babak, ada sedih, cemas juga aksi yang baik.

Ceritanya bermula dengan pertarungan Raja Bersiong untuk menguasai Inderaloka. Kemudian kita dibawa ke alam realiti yang mana Upin, Ipin dan kawan-kawan terjumpa keris yang tidak berbilah sewaktu membantu mengemas dan membersihkan stor Tok Dalang. Keris itu seolah mempunyai kuasa dan secara magisnya mereka terbawa ke alam fantasi Inderaloka. Di Inderaloka kanak-kanak tersebut terpecah kepada dua kumpulan. Mereka bertemu dengan  Mat Jenin, Pak Belalang, Bawang Putih dan karakter yang lain.

Di Inderaloka mereka dapati ada hubung kait Keris yang mereka temui itu, Keris Siamang Tunggal dengan apa yang berlaku di sana. Kehadiran Keris Siamang Tunggal ke Inderaloka dapat dihidu Raja Bersiong, Raja yang zalim. Maka, upin-upin dan rakan-rakan diburu kuncu-kuncu Raja Bersiong. Bermulalah pengembaraan mereka di bumi Inderaloka. Berjayakah mereka menyelamatkan Keris Siamang Tunggal dari jatuh ke tangan Raja Bersiong?

Yup, begitulah kisahnya. Kedengaran bosan bukan? Tapi olahan penceritaan yang bijak menjadikan ianya sangat menarik dan tak dapat disangka apa yang akan berlaku pada setiap babak seterusnya.

Pengembaran Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal sarat dengan nilai murni seperti persahabatan, kasih sayang ibu & anak (Tanggang), hubungan adik beradik (Upin & Ipin dan Bawang Putih & Bawang Merah) dan banyak lagi. Antara Momen yang menarik adalah saat mereka diserang Todak. Wow. Tak pejam mata masa babak tu. 

Gambaran dunia fantasi Inderaloka sangat mempersonakan dibuai pula dengan lagu-lagu ala musical filem animasi Disney dan skor Musik sangat mengikut mood. Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal  menepati konsep animasi yang sepatutnya. Penceritaan penuh pengembaraan disulami dengan pembangunan karakter yang baik, animasi yang penuh magis dan watak-watak tak stereotaip kecuali Jarjit (ada lagi ke yang cakap macam ni).

Filem yang sangat menyeronokkan, penuh pengajaran dan buat budak-budak zaman gajet mengenali serta mendekati kisah-kisah dan watak-watak dari cerita rakyat. Boleh dikatakan sempurna serba-serbi, animasi power! Dengan penuh harapan dapat ke peringkat Antarabangsa. Memang layak pon. Tahniah kepada team kreatif anak-anak muda Les’ Copaque Production.

p/s: Terdapat product placement, tapi tak mengganggu pon.


UIKST_POSTER_DARK.jpg

UIKST_POSTER_UPIN_IPIN.jpg

KECOH! BELON-BELON PENUHI PUTRAJAYA!

Macam di Capadoccia, Turki kan. Nampak macam iya tapi bukan. Rupanya di Putrajaya pon ada belon banyak-banyak macam ni. Tak payah pergi jauh-jauh sebab acara tahunan Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi! Kali ini pada 28-31 Mac 2019. Ini merupakan ulangtahun ke-10 penganjurannya. Pergh!

Uniknya, terdapat pelbagai bentuk belon yang unik berlegar di ruang udara Putrajaya. Ada bentuk beruang, robot, badut, sotong dan gajah pink pon ada.

Fiesta antarabangsa ini disertai lebih 14 negara antaranya ialah dari Thailand, Sepanyol, Slovakia, Brazil, Belgium dan Jepun. Semua sekali terdapat 20 jenis belon udara untuk fiesta tahun ini.

Festival 4 hari ini tidak mengenakan bayaran. Yup, percuma! Namun terdapat bayaran bagi aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh penganjur.

Sila layari laman web rasmi iaitu https://www.myballoonfiesta.com untuk maklumat lanjut.

By the way, jangan lupa subscribe, like, comment & share Youtube Kepochi.
KLik sini ya : YOUTUBE KEPOCHI

 

 

2500w.jpg

 

You Want it, You Got It