FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA, FILEM ANTARABANGSA

Posted: March 11, 2011 in seMuA SaMa SaJe

ULASAN FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

poster

Filem aksi epik”Hikayat Merong Mahawangsa” akan membuat khalayak berasa wow! dan wahh!

Aksi epik yang baru dan segar sangat menghiburkan.  Bagai produksi Hollywood, tetapi kita perlu berbangga kerana ianya buatan Malaysia.

Sebuah naskah yang mengagumkan. Bermula dengan rombongan Rom yang singgah di Goa dalam perjalanan untuk bertemu dengan rombongan China. Merong Mahawangsa diminta mengiringi  dan melindungi Putera Rom untuk mengahwini Puteri China di Langkasuka.

Setibanya di Langkasuka, mereka diserang oleh lanun Garuda. Lanun garuda telah menculik Puteri China untuk menjadikan tebusan.  Terdapat banyak adegan aksi dalam menyatukan Putera China dan Putera Rom.

Kekuatan “Hikayat Merong Mahawangsa” terletak pada sinematografi, set yang besar, plot serta kesan khas visual.  Ia menjadikan filem ini begitu mempersonakan dan hampir sempurna.  Pembangunan karakter yang bagus. Terdapat dialog-dialog yang melucukan.  Lakonan yang menyerlah pada watak-watak pembantu seperti Kesum, Taji, Embuk, Kamawas dan Ying Ying. Dari segi emosi, lakonan watak-watak utama sedikit kurang meyakinkan. Bukan itu sahaja, malah pelakon-pelakon tambahan yang menjadi askar-askar, keding, kurus dan tak meyakinkan sebagai askar.

Penceritaan yang pantas dan penuh aksi dapat dimantapkan lagi dengan permainan emosi. Kurang jiwa dan kurang emosi, itu yang berlaku. Tapi kekurangan ini bukanlah mencacatkan keseluruhan filem, kerana filem aksi tidak memerlukannya sangat. Teknik imbas kembali ada yang kena tetapi ada yang menjengkelkan terutama yang berulang-ulang. Dari segi suntingan, agak kurang kemas pada sesetengah babak.  Muzik menarik.

Keseluruhannya, filem yang hebat, efek yang bagus, set yang besar dan penceritaan yang mantap serta pertarungan peperangan yang hebat. Kekurangan yang sangat minimal tidak membawa kesan besar. Mungkin boleh diatasi pada masa hadapan mungkin untuk kesinambungan yang ini. Filem yang berdurasi 1 jam 50 minit ini bagai terlalu cepat berlalu.

Keseluruhan: 4.5/5

Lakonan: 3/5
Plot: 4
Efek: 4.5/5
Sinematografi :4/5

Advertisements
Comments
  1. cikbedah says:

    lama tak dgr cerita dr encik sani.. alih2 kuar cite merong plak.. heheheh
    lama menyepi.. mana pergi.. selalu tgk kt bloglist sy.. xde update.. 🙂

    kesalahan sy sblm tgk cite ni adalah.. baca hikayat merong mahawangsa yg asal.. jd sy dah tau jalan cerita die.. mmg laju cerita ni.. rasa mcm tak puas.. walaupun cerita nye mmg habis.. tp.. jalan cerita olahan KRU lain dr cerita asal… sbb kalau cerita betul..jentayu n garuda tu adalah burung.. 🙂
    4.5 juga dr saya..

  2. cak says:

    thx for the review. apa2pun nak kena tgk sendiri baru tahu. lain org lain citarasa..tak gitu?

  3. baning says:

    cadang cadang nak gi tengok gak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s