Archive for March, 2011

Realiti Berapi

Posted: March 24, 2011 in seMuA SaMa SaJe
  • Serangan terhadap Libya adalah untuk melindungi rakyat Libya. Mengikut resolusi majlis keselamatan PBB 1973 yang melindungi rakyat Libya. (Fakta : Rakyat mati n cedera kena serangan)
  • Operasi  ‘Odyssey Dawn’ menentang tentera Muammar Gadhafi dikatakan berjaya. (Fakta :  Sehingga kini serangan masih diteruskan)

Itulah apa yang terjadi di Libya, serangan bertubi-tubi. Mangsanya rakyat…  Masalah negara dicampur tangan pihak asing.

Realiti

Aku bukan orang besar
Aku di dalam
Kau di luar
Kau kata okay
Aku kata tak okay
Bila okay
Kau tak okay
Memang kau tokay.

Tiada pancaroba,
Itu gila
Biar sesat
Cari jalan pulang
Daripada sesat terus sesat

Usah berangan
Perang sudah tamat
Realitinya sungguh berbeza

Kami pendekar
Kami pahlawan
Kami panglima
Kami pejuang

Kamu raja
Kamu pemikir
Kamu pemimpin
Kamu pelawak

Perang sudah tamat
Bukan cerita sebenar
Yang sebenar tutup cerita

Tukar strategi
Tewas lagi
Tambah askar
Tewas lagi
Tukar raja
Tewas lagi

Ini bukan sandiwara
Ini bukan bual bicara

Benci perang
Rela bersahabat
Semalam perang
Hari ini berjabat
Idea tak bernas
Kau jadi ganas

-sani-

gambar : reuters
kata-kata : Campur ngan Lirik “Perang Dah Tamat”

Advertisements

Kuasa Bukan Emosi Yang Basi

Posted: March 12, 2011 in seMuA SaMa SaJe

Emosi Basi
(setelah ape yang terjadi di Libya, Tunisia, Palestin & Mesir)


Bila mana mereka guna senjata tunjuk kuasa,
Bila mana mereka guna pangkat tunjuk kuasa,
Bila mana mereka guna duit tunjuk kuasa,
Bila mana mereka guna perang tunjuk kuasa,

Hebat mana mereka dengan kuasa-kuasa itu,
Maka, hilang kasih sayang,
Maka, hilang kemanusiaan,
Maka, hilang jatidiri

Kita?
Tiada apa-apa,
Tiada beza antara kita,
Rambut hitam, darah merah,
Dimana kita?
Kita satu tapi banyak beza

Mereka tabur duit,
Kita tabur bakti,
Mereka tabur duit,
Kita tabur budi,
Mereka tabur duit,
Kita termakan budi

Mereka bukan di tempat kita,
Kita khalayak kecil,
Kita tiada siapa,
Kita manusia biasa serupa mereka,
Tapi kita beza.

Bebas merdeka,
Itu mereka,
Bebas sesaat,
Kita disekat,
Semua sesat.

Aku (+) engkau memang kita,
Mereka (+) kita bukan kami,
Ingin keluar kotak,
Kotak ditutup rapat.

Kita…Kami…Mereka…
Bukan siapa-siapa…
Tiada Beza…

Kita silap,
mereka teriak
kita teriak
tiada membantu
Kita silap
mereka memekik
Kita memekik
tiada yang dengar
Kita silap
mereka melaung
kita melaung
mereka humban ke gaung

Siapa sebenar
Kita..Kami..Mereka..
Bukan siapa-siapa…
Tiada Beza…

New Folder

: gambar sekadar hiasan…gambar Lama daLam simpanan…kini saya kembaLi dengan kurangnye gambar..ehehe..

ULASAN FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

poster

Filem aksi epik”Hikayat Merong Mahawangsa” akan membuat khalayak berasa wow! dan wahh!

Aksi epik yang baru dan segar sangat menghiburkan.  Bagai produksi Hollywood, tetapi kita perlu berbangga kerana ianya buatan Malaysia.

Sebuah naskah yang mengagumkan. Bermula dengan rombongan Rom yang singgah di Goa dalam perjalanan untuk bertemu dengan rombongan China. Merong Mahawangsa diminta mengiringi  dan melindungi Putera Rom untuk mengahwini Puteri China di Langkasuka.

Setibanya di Langkasuka, mereka diserang oleh lanun Garuda. Lanun garuda telah menculik Puteri China untuk menjadikan tebusan.  Terdapat banyak adegan aksi dalam menyatukan Putera China dan Putera Rom.

Kekuatan “Hikayat Merong Mahawangsa” terletak pada sinematografi, set yang besar, plot serta kesan khas visual.  Ia menjadikan filem ini begitu mempersonakan dan hampir sempurna.  Pembangunan karakter yang bagus. Terdapat dialog-dialog yang melucukan.  Lakonan yang menyerlah pada watak-watak pembantu seperti Kesum, Taji, Embuk, Kamawas dan Ying Ying. Dari segi emosi, lakonan watak-watak utama sedikit kurang meyakinkan. Bukan itu sahaja, malah pelakon-pelakon tambahan yang menjadi askar-askar, keding, kurus dan tak meyakinkan sebagai askar.

Penceritaan yang pantas dan penuh aksi dapat dimantapkan lagi dengan permainan emosi. Kurang jiwa dan kurang emosi, itu yang berlaku. Tapi kekurangan ini bukanlah mencacatkan keseluruhan filem, kerana filem aksi tidak memerlukannya sangat. Teknik imbas kembali ada yang kena tetapi ada yang menjengkelkan terutama yang berulang-ulang. Dari segi suntingan, agak kurang kemas pada sesetengah babak.  Muzik menarik.

Keseluruhannya, filem yang hebat, efek yang bagus, set yang besar dan penceritaan yang mantap serta pertarungan peperangan yang hebat. Kekurangan yang sangat minimal tidak membawa kesan besar. Mungkin boleh diatasi pada masa hadapan mungkin untuk kesinambungan yang ini. Filem yang berdurasi 1 jam 50 minit ini bagai terlalu cepat berlalu.

Keseluruhan: 4.5/5

Lakonan: 3/5
Plot: 4
Efek: 4.5/5
Sinematografi :4/5