Archive for January, 2010

KL Mesra

Posted: January 31, 2010 in seMuA SaMa SaJe

KUALA Lumpur diletakkan dalam senarai paling atas sebagai ‘destinasi yang mesti dilihat’ oleh versi dalam talian The New York Times. Ia menyebut Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang hebat dan paling mesra selain menggambarkan penduduknya gemar makan dan membeli-belah.
-info dari akhbar Berita Harian http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20100130045443/Article/



umno
The 31 Places to Go in 2010

  1. Sri Lanka
  2. Patagonia Wine Country
  3. Seoul
  4. Mysore
  5. Copenhagen
  6. Koh Kood
  7. Damascus
  8. Cesme
  9. Antarctica
  10. Leipzig
  11. Los Angeles
  12. Shanghai
  13. Mumbai
  14. Minorca
  15. Costa Rica
  16. Marrakesh
  17. Las Vegas
  18. Bahia
  19. Istanbul
  20. Shenzhen
  21. Macedonia
  22. South Africa
  23. Breckenridge
  24. Montenegro
  25. Vancouver Island
  26. Colombia
  27. Kitzbühel
  28. Norway
  29. Gargano
  30. Kuala Lumpur –

While Phuket and Angkor Wat are tourism anchors in Southeast Asia, jetsetters in the region are heading these days to Kuala Lumpur, the Malaysian capital that’s quietly evolved into one of the area’s coolest and friendliest cities.

Not only are K.L.-ites diehard foodies, fiercely proud of a robust street food scene that straddles Chinese, Indian and Malay flavors — check out the food blog EatingAsia (www.eatingasia.typepad.com) — they’re also shopaholics, spending weekends trawling boutiques for the latest looks emerging from the sophisticated local fashion scene.

The country’s media-appointed King of Fashion is Bernard Chandran, who recently stole the spotlight when Lady Gaga wore one of his candy-pink minidresses to an awards show in London. His concept store is at the KL Plaza on Jalan Bukit Bintang. Another designer to look out for is Khoon Hooi, known for streamlined yet feminine dresses in muted tones, sold at his flagship store in the ritzy Starhill Gallery; and Melinda Looi, who makes vintage-inspired cocktail dresses from chiffon.

Bloggers at Tongue in Chic keep vigilant watch over the city’s fashion temples, which are clustered along the streets of Jalan Telawi 2 and 3 in the suburb of Bangsar, a 15-minute cab ride from the city center. To showcase the young designers, the blog recently started Chic POP, a flea market held every three months at one of K.L.’s most prestigious dance clubs, Zouk (www.zoukclub.com.my). — Naomi Lindt

31. Nepal

Sumber – The New York Times- http://www.nytimes.com/2010/01/10/travel/10places.html?pagewanted=3&sq=kuala%20lumpur&st=cse&scp=3

baru

‘saNi’
~ouT_

Happy

Posted: January 18, 2010 in seMuA SaMa SaJe

Happy…

Happy begitu subjektif pada individu itu sendiri

Kadang-kadang bile kite happy ada yg tak suka kita happy…

DSC_0128ok

Tapi seronok je tgk org Lain hepi…

Life is great…

Tgk makcik ni hepi jer..
hampir semua peniaga kat pasar Chor Kit ni
happy mesra n ceria2 sahaja….
cuma muka ketat siket biLe tawar menawar eheheh…

‘sani’
~ouT..

coket bLog2

~Pasar Chow Kit, Pasar Satu Malaysia…

Itulah ungkapan yang boleh digambarkan disini. Ada yang gelarkannya pasar basah, bazaar Chow Kit dan ada juga yang kata pasar pagi. Yang nyata, pasar Chow Kit merupakan pasar basah yang terbesar di Kuala Lumpur. Segenap lapisan masyarakat pelbagai bangsa datang ke sini untuk membeli barang basah ~ daging, ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi.

~Suasana Pasar Chow Kit :
coket bLog3
coket bLog5

Ramai yang berniaga menjual apa saja. Terdapat pelbagai pilihan disini. Peniaga dan pengunjung terdiri daripada segala bangsa, tak kira tua muda. Benar. Meriah.

Para peniaga mesra tak lekang dengan senyuman. Dengan ajakan seperti :

  • ~“Ha meh tengok ikan bang, kak…”
  • ~ “Ayam…ayammm…”
  • ~ “Ha kak, sayur kak….”
  • ~  “ya bos… buah bos…”

~ Gelagat para peniaga dengan pembeli :
coket bLog4
coket bLog6

Pasar Chow Kit ini boleh juga digelar pasar muhibbah kerana yang Melayu beli pada Cina, yang Cina beli pada Melayu, yang India pula beli pada Cina, Melayu… Sistem perniagaan yang majmuk. Sangat istimewa. Tidak kira bangsa, agama. Pasar Chow Kit ini turut mendapat perhatian pelancong luar juga.

~ Para peniaga yang sentiasa murah dengan senyuman. Aneka jualan, rempah-ratus, ikan kering/ikan masin, buah-buahan mahupun produk yang jarang kita lihat terdapat disini :
coket bLog1
coket bLog9

Jalinan kemesraan peniaga dengan pengunjung~pembeli begitu ketara. Boleh gelak tawa bersama. Tawar menawar harga pula sesuatu yang biasa dalam proses jual-beli di pasar Chow Kit ini. Hubungan peniaga dengan pembeli~pengunjung bagai keluarga, pengunjung tidak akan berasa terasing kerana layanan peniaga yang sangat ramah.

~ Lagi aksi sesi jual beli antara peniaga dengan pembeli :
coket bLog7
coket bLog8

Pasar Chow Kit yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini ternyata unik dengan identiti Satu Malaysia yang tersendiri.

~ Sekitar Jalan Chow Kit. Dengan sistem pengangkutan KL yang teratur, untuk tiba  di Jalan Chow Kit kini mudah dengan Monorail, bas ataupun kenderaan sendiri :
coket bLog10
coket bLog

Terdapat juga sebuah lagu mengenai Jalan Chow Kit berjudul ‘Chow Kit Road’ dendangan Sudirman secara tidak langsung mempopularkan lagi kawasan Jalan Chow Kit. Pada 15 April 1986, Sudirman telah mengadakan konsert gergasi percumanya di sini. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri Jalan Chow Kit.
Picture 032 (Small)Chow_kit

~Lagu daripada Youtube :

“Chow Kitt Road (8x)
Di tengah bandaraya orang merata-rata
Dari segala bangsa tua atau muda
Ada yang berkereta ada yang jalan saja
Ada yang cuci mata
Ha..ha..ha..ha..

Chow Kitt Road (8x)
Di tengah bandaraya
Yang miskin dan yang kaya
Bagai satu keluarga bersama gembira
Ramai orang berniaga menjual apa saja
Semuanya murah-murah
Ha..ha..ha..ha..

Indahnya petang di Chow Kitt Road Kuala Lumpur (2x)

Chow Kitt Road (8x)
Di tengah bandaraya walau baik orangnya
Perlu berhati-hati di tipu pencuri
Bila melintas jalan jangan sesuka hati
Ditangkap mata-mata baru padan muka
Indahnya petang di chow kitt road kuala Lumpur (2x)”
~Sudirman – Chowkit Road

Fakta Chow Kit

  • Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur.
  • Kawasan sekitar Jalan Chow Kit adalah Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Juga berhampiran Kampung Baru.
  • Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah dan kanselor perbandaran, Loke Chow Kit.
  • Chow Kit juga terkenal dengan Bundle Chow Kit yang menjadi pusat penjualan pakaian terpakai dan aksesori-aksesorinya.
  • Dengan adanya sistem pengangkutan KL yang efisyen kini, hendak ke Jalan Chow Kit kini mudah. Ada yang berkereta, ada yang jalan saja malah stesen Monorail Chow Kit terletak di dalam kawasan ini. Stesen LRT PWTC juga terletak berdekatan.

————

Pasar Chow Kit KL~ Pasar Satu Malaysia.

Kuala Lumpur ~ Macam-macam ada…Caya Lah…

Foto : Sonny  ~ Lokasi : Sekitar Chow Kit, KL

Foto diambil semasa Photography Outing for Fun (Sunday Market Chow Kit Road) bersama Syuk, Ecah, Aie, Cak, Lan, Zahid, Jengga dan ramai lagi…

Potraiture @ KL

Posted: January 5, 2010 in seMuA SaMa SaJe

~Potraiture @ KL~



: sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

New Folder5

Ada yang tertanya~tanya apakah antara aktiviti yang seronok di KL? Jawabnya bergambar di jalanan. Samada diambil atau mengambil. Keseronokannya tetap ada…

New Folder2

Lagi~lagi jika bergambar di jalanan KuaLa Lumpur yg bebas, tenang walau kesibukan yang sentiasa wujud. Sesekali bila tengok kembali ‘end product’ atau produk akhir foto yang telah terhasil, seolah-olah bagai di luar negara pun ada. Itu bagi kita, warga WiLayah Persekutuan Kuala Lumpur, malah pastinya bagi pelancong  asing domestik mahupun antarabangsa pastinya berganda untuk membuktikan kewujudan mereka di Segitiga Emas Kuala Lumpur.

New Folder1

New Folder3

Dengan adanya foto mereka bergambar sekitar KL,walau setelah meninggalkan KL jiwa mereka tetap di Kl. Betapa kuatnya penangan bergambar di KL. Samada gambar Candid atau posing, tetap istimewa.

~ Foto dibawah sekadar lakonan @ Jalan Pudu ~

DSC_0154 copy

19297307

Lokasi hebat dan mantap untuk bergambar adalah seperti jalan~jalan sekitar KLCC, Menara Kuala Lumpur, Masjid Jamek Kuala Lumpur, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR), sekitar bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, Jalan Petaling ( Petaling Street) dan sekitar Bukit Bintang. Pastinya ada sahaja lokasi lain yang tidak disebutkan disini.

19297142

New Folder10

Terpulang pada individu itu sendiri dimana memori mereka tercipta, kenangan mereka terbina. Bergambar di Kuala Lumpur akan menggamit segala peristiwa indah di KL. Sekali di Kuala Lumpur, jiwa~kenangan~memori tetap selamanya terpahat di Kuala Lumpur.

New Folder4

Sesungguhnya KL indah, KL istimewa, KL fantastik, KL bombastik, KL mempersonakan… KL TERBAIK..

`ouT`

~saNi~

photos : sonny _ model : awaL, Yani, cak, una dan Lain-Lain