Archive for December, 2009

Taman Layang-Layang

Posted: December 2, 2009 in seMuA SaMa SaJe

Kuala Lumpur :

Taman Metropolitan Kepong menjadi lokasi agenda utama petang hujung minggu untuk beriadah. Apa yang istimewanya? Hmm.. setibanya disini dengan mendongak sikit ke langit, akan kelihatan objek-objek asing berlegar-legar di udara.. Bukan U.F.O, bukan kapal terbang,, bukan burung… jadi…apakah ia?


TesT2470

Hah… sebab tu Lah taman ni digelar Taman Layang~Layang… dan selain bermain layang-layang yang menjadi aktiviti masa lapang utama petang hujung minggu disini, taman ini menyediakan trek untuk berjoging. Bukan itu sahaja, malah terdapat tasik indah menggamit para ‘gila’ pancing untuk memancing. Tetapi, tajuk utama disini adalah mengenai Taman ‘Layang-Layang’.



shades

cooL

Jadi, apabila melihat  layang-layang berterbangan di awangan… terus ingin mendapatkan layang-layang sendiri untuk turut serta menyertai penerbangan. Pandangan dari darat amat memukau diri ini.


DSC_0006

Untuk mendapatkan layang-layang, tak usah pening kepala. Terdapat banyak jenis pelbagai bentuk corak warna layang-layang dijual disini. Dan harganya sangat berpatutan.


DSC_0021

Setelah mendapatkan bentuk dan warna yang diingini. Tiba masa untuk menerbangkan layang-layang sendiri. Tidak sukar untuk menerbangkannya disini. Cuma sesekali pasti tali layang-layang akan tersimpul dengan layang-layang kepunyaan yang lain jika tidak diawasi dengan baik.


DSC_0034

Sambil-sambil menerbangkan layang-layang di udara. Boleh juga ‘sambil menyelam minum air’. Antaranya menikmati aiskrim yang boleh dibeli disini. Selain sambil mendengar alunan musik dari pemain mp3, sungguh mempersonakan bagi memanjakan diri. Terdapat juga kelibat keletah anak-anak kecil yang mana kadang-kadang mencuit hati pastinya.


Layang n besday mama

Akhiran hari yang indah, secara tidak langsung keluar juga peluh. Aktiviti bermain layang-layang boleh juga dikatakan sebagai satu senaman. Satu lagi kawasan Kuala Lumpur yang wow..wah.. dan mempersonakan…


LeLaYaNG

Layang2 n BULaN

—*——*——*——*—

Berikut adalah fakta dari wikipedia:

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Sungai Buloh, ke barat Bukit Lanjan, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II dan Jalan Ipoh.

Taman Metropolitan Kepong:

  • 90 hektar
  • antara taman tasik yang terbesar di Kuala Lumpur
  • Laluan mudah dari Batu Caves arah ke MRR2, masuk ke Kepong
  • Satu lagi kawasan Kuala Lumpur yang wow..wah.. dan mempersonakan…

‘sani-

~ouT_