
Emosi Basi
(setelah ape yang terjadi di Libya, Tunisia, Palestin & Mesir)
Bila mana mereka guna senjata tunjuk kuasa,
Bila mana mereka guna pangkat tunjuk kuasa,
Bila mana mereka guna duit tunjuk kuasa,
Bila mana mereka guna perang tunjuk kuasa,
Hebat mana mereka dengan kuasa-kuasa itu,
Maka, hilang kasih sayang,
Maka, hilang kemanusiaan,
Maka, hilang jatidiri
Kita?
Tiada apa-apa,
Tiada beza antara kita,
Rambut hitam, darah merah,
Dimana kita?
Kita satu tapi banyak beza
Mereka tabur duit,
Kita tabur bakti,
Mereka tabur duit,
Kita tabur budi,
Mereka tabur duit,
Kita termakan budi
Mereka bukan di tempat kita,
Kita khalayak kecil,
Kita tiada siapa,
Kita manusia biasa serupa mereka,
Tapi kita beza.
Bebas merdeka,
Itu mereka,
Bebas sesaat,
Kita disekat,
Semua sesat.
Aku (+) engkau memang kita,
Mereka (+) kita bukan kami,
Ingin keluar kotak,
Kotak ditutup rapat.
Kita…Kami…Mereka…
Bukan siapa-siapa…
Tiada Beza…
Kita silap,
mereka teriak
kita teriak
tiada membantu
Kita silap
mereka memekik
Kita memekik
tiada yang dengar
Kita silap
mereka melaung
kita melaung
mereka humban ke gaung
Siapa sebenar
Kita..Kami..Mereka..
Bukan siapa-siapa…
Tiada Beza…

: gambar sekadar hiasan…gambar Lama daLam simpanan…kini saya kembaLi dengan kurangnye gambar..ehehe..

kite cume makhluk kecil yg bersuara kecil.. dilihat besar hanya selepas kita die n kamu bersatu.. hahahahahah nak juga..
welcome back.. ade hasil baru?
tak mampu nak bantu apa2…
hanya doa buat mereka disana..:’(
lama tak singgah.
kembali menjenguk.