Pasar Chow Kit, Pasar Satu Malaysia

Posted: January 13, 2010 in seMuA SaMa SaJe

coket bLog2

~Pasar Chow Kit, Pasar Satu Malaysia…

Itulah ungkapan yang boleh digambarkan disini. Ada yang gelarkannya pasar basah, bazaar Chow Kit dan ada juga yang kata pasar pagi. Yang nyata, pasar Chow Kit merupakan pasar basah yang terbesar di Kuala Lumpur. Segenap lapisan masyarakat pelbagai bangsa datang ke sini untuk membeli barang basah ~ daging, ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi.

~Suasana Pasar Chow Kit :
coket bLog3
coket bLog5

Ramai yang berniaga menjual apa saja. Terdapat pelbagai pilihan disini. Peniaga dan pengunjung terdiri daripada segala bangsa, tak kira tua muda. Benar. Meriah.

Para peniaga mesra tak lekang dengan senyuman. Dengan ajakan seperti :

  • ~“Ha meh tengok ikan bang, kak…”
  • ~ “Ayam…ayammm…”
  • ~ “Ha kak, sayur kak….”
  • ~  “ya bos… buah bos…”

~ Gelagat para peniaga dengan pembeli :
coket bLog4
coket bLog6

Pasar Chow Kit ini boleh juga digelar pasar muhibbah kerana yang Melayu beli pada Cina, yang Cina beli pada Melayu, yang India pula beli pada Cina, Melayu… Sistem perniagaan yang majmuk. Sangat istimewa. Tidak kira bangsa, agama. Pasar Chow Kit ini turut mendapat perhatian pelancong luar juga.

~ Para peniaga yang sentiasa murah dengan senyuman. Aneka jualan, rempah-ratus, ikan kering/ikan masin, buah-buahan mahupun produk yang jarang kita lihat terdapat disini :
coket bLog1
coket bLog9

Jalinan kemesraan peniaga dengan pengunjung~pembeli begitu ketara. Boleh gelak tawa bersama. Tawar menawar harga pula sesuatu yang biasa dalam proses jual-beli di pasar Chow Kit ini. Hubungan peniaga dengan pembeli~pengunjung bagai keluarga, pengunjung tidak akan berasa terasing kerana layanan peniaga yang sangat ramah.

~ Lagi aksi sesi jual beli antara peniaga dengan pembeli :
coket bLog7
coket bLog8

Pasar Chow Kit yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini ternyata unik dengan identiti Satu Malaysia yang tersendiri.

~ Sekitar Jalan Chow Kit. Dengan sistem pengangkutan KL yang teratur, untuk tiba  di Jalan Chow Kit kini mudah dengan Monorail, bas ataupun kenderaan sendiri :
coket bLog10
coket bLog

Terdapat juga sebuah lagu mengenai Jalan Chow Kit berjudul ‘Chow Kit Road’ dendangan Sudirman secara tidak langsung mempopularkan lagi kawasan Jalan Chow Kit. Pada 15 April 1986, Sudirman telah mengadakan konsert gergasi percumanya di sini. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri Jalan Chow Kit.
Picture 032 (Small)Chow_kit

~Lagu daripada Youtube :

“Chow Kitt Road (8x)
Di tengah bandaraya orang merata-rata
Dari segala bangsa tua atau muda
Ada yang berkereta ada yang jalan saja
Ada yang cuci mata
Ha..ha..ha..ha..

Chow Kitt Road (8x)
Di tengah bandaraya
Yang miskin dan yang kaya
Bagai satu keluarga bersama gembira
Ramai orang berniaga menjual apa saja
Semuanya murah-murah
Ha..ha..ha..ha..

Indahnya petang di Chow Kitt Road Kuala Lumpur (2x)

Chow Kitt Road (8x)
Di tengah bandaraya walau baik orangnya
Perlu berhati-hati di tipu pencuri
Bila melintas jalan jangan sesuka hati
Ditangkap mata-mata baru padan muka
Indahnya petang di chow kitt road kuala Lumpur (2x)”
~Sudirman – Chowkit Road

Fakta Chow Kit

  • Chow Kit merupakan suatu sub-daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur.
  • Kawasan sekitar Jalan Chow Kit adalah Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Juga berhampiran Kampung Baru.
  • Ia dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah dan kanselor perbandaran, Loke Chow Kit.
  • Chow Kit juga terkenal dengan Bundle Chow Kit yang menjadi pusat penjualan pakaian terpakai dan aksesori-aksesorinya.
  • Dengan adanya sistem pengangkutan KL yang efisyen kini, hendak ke Jalan Chow Kit kini mudah. Ada yang berkereta, ada yang jalan saja malah stesen Monorail Chow Kit terletak di dalam kawasan ini. Stesen LRT PWTC juga terletak berdekatan.

————

Pasar Chow Kit KL~ Pasar Satu Malaysia.

Kuala Lumpur ~ Macam-macam ada…Caya Lah…

Foto : Sonny  ~ Lokasi : Sekitar Chow Kit, KL

Foto diambil semasa Photography Outing for Fun (Sunday Market Chow Kit Road) bersama Syuk, Ecah, Aie, Cak, Lan, Zahid, Jengga dan ramai lagi…

Comments
  1. ecah says:

    complete siallll..best dowhhh

  2. FarEast says:

    aku suka banget lagu chow kit road tu … kalau kita skang x terfikir nak buat lagu chow kit road … thumbs up utk photos kamu! ;)

  3. azurachan says:

    Tersangatla best gambar-gambar itu.
    Esp. gambar Tehbotol kotak.. (err..) =)

  4. ::: salam bro [huhu] yep mmg lama tak dengar cerita.. apa2pon bro,
    ::: mcm biasa gambar2 bro bertambah mantops! [huhu] kali nih bro
    ::: dah begitu expert membuat kolaj2 yg sgt menarik perhatian aku
    ::: lawalaaaa bro sani! maksud aku gambar2 di kolaj2 di entry nih.
    ::: beautiful shots beautiful editing!!! barulaahh nampak meriah
    ::: suasana pasar chow kit nih.. aku paling sukee pic buah2an tuh
    ::: yg ada tulisan love love di bawah.. makcik jual sayur & ikan
    ::: kering tuh pon shotnya cun! kolaj paling menarik perhatian aku
    ::: ialah kolaj ada papan tanda chow kit road – KL tower – monarel
    ::: febeless! mabeless! jeles plak bila tahu korang jejalan fun2
    ::: ambik gambar di sana.. best la! mcm nak join plak.. dulu2 aku
    ::: selalu gaklaa ikut parents aku beli brg dapur kat sini, then
    ::: tukar ke koperasi belakang batu road supermarket [jln chowkit]
    ::: then ke pasar keramat.. la ni, dah ada byk hypermarket, so
    ::: beli kat situ jelaa, dekat dgn rumah.. [huhu] yee aku masih
    ::: ingat videoklip sudirman tuh, very funny! [hehe] HNY 2010 bro!

  5. FarEast says:

    uit … apa plan/aktiviti lepas ni sani? =D

  6. Tony Chiu says:

    Nice series brother. I like the extensive and variety of coverage. After seeing your blog / photos of Chow Kit Road, I was tempted to take my camera and go for xsome happy trigger there too. Thanks for sharing.

  7. aufa amani says:

    salam..nak tny…mcm mn nak p chow kit dr jln tar yer?? :)

  8. Moha Arif says:

    elektronik ,jam.ada kan

  9. Mazy Osman says:

    salam semua nya

    klu di pasar chow kit tu da engak jual ikan pindang balutan daun jati / waru yg asli seperti di bandung tu? ada yg kepingin sangat tu..mohon share jika sapa2x yg tahu ya..mksih byk …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s