Taman Layang-Layang

Posted: December 2, 2009 in seMuA SaMa SaJe

Kuala Lumpur :

Taman Metropolitan Kepong menjadi lokasi agenda utama petang hujung minggu untuk beriadah. Apa yang istimewanya? Hmm.. setibanya disini dengan mendongak sikit ke langit, akan kelihatan objek-objek asing berlegar-legar di udara.. Bukan U.F.O, bukan kapal terbang,, bukan burung… jadi…apakah ia?


TesT2470

Hah… sebab tu Lah taman ni digelar Taman Layang~Layang… dan selain bermain layang-layang yang menjadi aktiviti masa lapang utama petang hujung minggu disini, taman ini menyediakan trek untuk berjoging. Bukan itu sahaja, malah terdapat tasik indah menggamit para ‘gila’ pancing untuk memancing. Tetapi, tajuk utama disini adalah mengenai Taman ‘Layang-Layang’.



shades

cooL

Jadi, apabila melihat  layang-layang berterbangan di awangan… terus ingin mendapatkan layang-layang sendiri untuk turut serta menyertai penerbangan. Pandangan dari darat amat memukau diri ini.


DSC_0006

Untuk mendapatkan layang-layang, tak usah pening kepala. Terdapat banyak jenis pelbagai bentuk corak warna layang-layang dijual disini. Dan harganya sangat berpatutan.


DSC_0021

Setelah mendapatkan bentuk dan warna yang diingini. Tiba masa untuk menerbangkan layang-layang sendiri. Tidak sukar untuk menerbangkannya disini. Cuma sesekali pasti tali layang-layang akan tersimpul dengan layang-layang kepunyaan yang lain jika tidak diawasi dengan baik.


DSC_0034

Sambil-sambil menerbangkan layang-layang di udara. Boleh juga ‘sambil menyelam minum air’. Antaranya menikmati aiskrim yang boleh dibeli disini. Selain sambil mendengar alunan musik dari pemain mp3, sungguh mempersonakan bagi memanjakan diri. Terdapat juga kelibat keletah anak-anak kecil yang mana kadang-kadang mencuit hati pastinya.


Layang n besday mama

Akhiran hari yang indah, secara tidak langsung keluar juga peluh. Aktiviti bermain layang-layang boleh juga dikatakan sebagai satu senaman. Satu lagi kawasan Kuala Lumpur yang wow..wah.. dan mempersonakan…


LeLaYaNG

Layang2 n BULaN

—*——*——*——*—

Berikut adalah fakta dari wikipedia:

Kepong merupakan sebuah kawasan di Kuala Lumpur di bawah Zon Sentul, terletak kira-kira 6km dari KLCC, ke utara Sungai Buloh, ke barat Bukit Lanjan, ke timur Selayang, dan ke selatan Jalan Duta. Jalan raya utama ke Kepong ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Jalan Kuching, MRR II dan Jalan Ipoh.

Taman Metropolitan Kepong:

  • 90 hektar
  • antara taman tasik yang terbesar di Kuala Lumpur
  • Laluan mudah dari Batu Caves arah ke MRR2, masuk ke Kepong
  • Satu lagi kawasan Kuala Lumpur yang wow..wah.. dan mempersonakan…

‘sani-

~ouT_

About these ads
Comments
  1. cikpingu says:

    ramai nye… cikpingu pun main layang2 jgk.. kih3

  2. cak says:

    owhh..saye tau ni tempat ni. mmg seronok kat sini. saye suke main pijak2 batu yg tajam2 tu. amat bagus utk kesehatan terutamanya sistem penghadaman..hehe.

    entry yg berinformasi..syah-bas.

  3. saNi says:

    : kene berinformasi bro…ehhe seronok ek…penghadaman ek…eheheh nanti kita ke sini Lagi yek…

  4. ::: askm sonny ikmal a.k.a. mr_selamber [hehehe] pekabar bro?
    ::: selamat hari raya aidiladha bro.. maaf zahir batin lama dah
    ::: saya tak kemari.. mmg bz sikit mcm biasa di setiap hujung thn.
    ::: lawanyeeee bro gambar2 di kepong nih.. saya sukee tul gambar2
    ::: bro di sini sbb terang & berwarna-warni, very2 niceee to see
    ::: terutama 3 gambar paling atas.. gambar rumput kaler oren tuh
    ::: awesomeee.. lawa leerr bro.. kali nih bro siap ada info ttg
    ::: taman tasik & kepong plak [huhu] very nicee info..

    ::: [re]: kat masjidil haram dulu mmg tak dibenarkan ambil gambar
    ::: di dlm masjid, tapi skrg saya lihat ramai benar org ambil
    ::: gambar & ada plak yg sampai bawak videocam kat dlm [huhu]
    ::: saya cari juga signboard larangan tapi tak ada.. tapi kat
    ::: masjid nabawi, madinah mmg confirm tak dibenarkan langsung
    ::: penah gak saya tgk jemaah dari india atau bangla disuruh
    ::: delete gambar2 di makam nabi. di mekah pula, saya ambik guna
    ::: kamera digital semasa saya menunggu utk solat fardu.. semasa
    ::: saya dlm ihram mmg takde saya buat, sbb niat saya adalah utk
    ::: membuat umrah.. penah saya tgh tawaf, seorg jemaah arab ambik
    ::: gambar semasa dia tawaf jugak dlm ihram.. kena tegur dgn
    ::: jemaah arab lain, kalo ditranslate agaknya bunyi mcm ni:
    ::: “wooiitt tawaf lerr” [huhuhu].. yg best tuh ada plak pak guard
    ::: arab tolong ambik gambar saya [hehe] tapi tuh kat luar
    ::: masjid.. tak mintapon, dia yg nak tolong.. takut gak..

    ~ salam Awal Muharam bro! :)

  5. en_me says:

    teringat bukit layang layang kat pasir gudang nooo.. ehehe, salamm singgah

  6. FarEast says:

    chup … aku terperasan editing ko kt pic atas … mcm mana ko edit rumput jd oren? apa nama editing tu? ;)

  7. sani says:

    ~fareast..:ohh itu iR..duk edit convert jadi infrared..
    ~enme: saLam singgaH juga…
    ~reactivate: thanks..besT-besT.. saLam saTu M’sia..

  8. Sekapur sireh seulas pinang,semekar senyuman seikhlas hati,
    Dengan penuh rasa kesyukuran saya menjemput tuan/puan sekeluarga
    hadir kemajlis Walimatul Urus adik perempuan saya
    pada hari AHAD 13 Disember 2009 Bersamaan 26 Zulhijjah 1430h
    bertempat di Lot 1925,batu 36, Jalan pasar,kampung bukit cahnggang,42700 banting selangor…
    Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan memeriahkan lagi suasana dan
    mengeratkan lagi ukhwah yang terbina..Insyaallah Amin

    Regards,
    Eayda Littlestars

  9. baning says:

    Nicely done!
    Dokek dongan rumah ayah den tu! Dulu tompek ni lah antara faveret spot aku mancing ikan …. dulu ada kuil hindu kat tepi tu dan tompek buang sampah.

  10. tahniah bro dapat capture sunset dengan layang layang terbang di depannya.

  11. ahmad asmar says:

    salam2… teringat lak zaman kecik2 dulu… men layang2..

  12. FarEast says:

    eh ok la tu yg ko buat … ada tutorial x? aku pun nak belajar ;)

  13. razaqq says:

    wah.. cerianya…

  14. andaQ says:

    oh canteknye pic matahari tu..
    thumbs up! :)

  15. syarozi says:

    nak taya ckit…kalau kita nak buat family day kat taman ni kena mintak kebenaran dengan saper ye…ada saper2 tau tak…blh bagi alamat dan dengan saper sy blh hubungi…

  16. Tena Ang says:

    nice place…how to go there from Puchong??? Kindly advise thanks.

  17. ibuiklil says:

    wahhh nih tpt akak main layang2 zaman belajo dulu.. skang layang2 dah tersadai kat umah… huhu

  18. hazman says:

    nak tny….tiap2 ari ahad petang ke aktiviti men layang2 nih diadakan disini??

  19. [...] 15 Februari 2011, pengajian dilakukan di Taman Layang-layang (baca blog), Puchong Kuala Lumpur. Disitu selain diadakan forum pengajian, juga dilakukan berbagai aktivitas [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s